Acara yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani itu merupakan program pertama anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

Menurut Johari, program itu secara tidak langsung mempromosi nama Kampung Bharu dan menggalakkan penduduk melakukan aktiviti sihat.