Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi OGOS pada 10 & 24 OGOS 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Kampung Baru bakal dapat pintu gerbang baharu

Selain Dewan Sultan Sulaiman, pintu gerbang yang terletak di Jalan Raja Abdullah merupakan mercu tanda Kampung Baru.

Sejajar dengan usaha kerajaan untuk membangunkan perkampungan terbesar Melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur, pintu gerbang yang berada di pintu masuk medan selera Kampung Baru itu akan ditukar pada akhir bulan ini.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru (PKB), Datuk Affendi Zahari berkata, penggantian pintu gerbang itu akan memberi imej baharu kepada kampung tersebut.

"Pengubahsuaian pintu gerbang antara salah satu projek yang dilaksanakan oleh PKB dan ia akan bermula pada akhir bulan ini.

"Ia mungkin mengambil masa antara empat hingga lima bulan untuk disiapkan," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan kos pengubahsuaian, Affendi berkata, pintu gerbang berkenaan lebih moden, sejajar dengan usaha meningkatkan imej dan permodenan Kampung Baru.

Kampung Baru juga, katanya, akan mempunyai dua kawasan letak kereta awam yang turut dibangunkan oleh PKB bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.

Tempat letak kereta itu akan dibina berhampiran Klinik Ibu Mengandung dan kawasan lapang, dekat susur keluar Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.

Sumber:MalaysiaGazette

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  5,374
    • Bulan Ini:  138,335
    • Keseluruhan:  2,072,959

Kemaskini Terakhir: Ogos 18, 2017 @ 3:00 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.