Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi OKTOBER pada 12 & 26 Oktober 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Kekalkan roh Islam di Kampong Bharu - TPM Ahmad Zahid

Kekalkan roh Islam di Kampong Bharu - TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Pembangunan serta kemajuan Kampong Bharu perlu seimbang dengan roh Islam serta Melayu yang sudah ada sejak kampung itu wujud lebih 100 tahun dahulu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia harus mempamerkan elemen baharu dan lama, dunia serta akhirat selain tidak lari dari identiti kampung maju di tengah bandaraya.

"Perubahan merupakan satu gelombang yang harus kita serap, dalam keadaan yang begitulah saya merasakan apabila kerajaan dengan tindakan sangat proaktif menubuhkan PKB pada tahun 2012.

"Datuk Affendi adalah tenaga di belakang dan depan tabir yang telah mengaktifkan PKB hingga merealisasikan pembangunan di Kampong Bharu tanpa mengetepikan nilai-nilai Islam dan kemelayuan di dalamnya," katanya semasa berucap semasa merasmikan Projek Residensi RAH Kampung Baru di tapak projek di Jalan Sultan Ali, Kampong Baru, di sini hari ini.

Projek pembangunan moden di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur yang merangkumi 187 unit kondominium mewah 39 tingkat itu dibangunkan RAH Properties Corporation Sdn Bhd (RAH Properties) dengan nilai pembangunan kasar RM182 juta.

Projek yang bermula Mei 2016 dijangka siap pada Mei 2019 membabitkan keluasan 3,310 meter persegi dengan kos pembangunan sebanyak RM145 juta termasuk kos pengambilan tanah RM25 juta.

Turut hadir Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani Pengerusi Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Datuk Affendi Zahari dan Pengerusi RAH Properties, Datuk Abd Rahim Ibrahim.

Dalam pada itu jelas Ahmad Zahid, pembangunan Kampong Bharu tidak akan mengetepikan agama lain.

"Semua pihak termasuk penduduk Kampong Bharu akan dapat memberikan sokongan kepada pemaju pembangunan supaya ia setaraf dan selari dengan pembangunan di sekelilingnya.

"Saya rasakan bahawa sesuatu baik itu sukar dilakukan, terlalu banyak kekangan dan halangan biarpun perubahan itu diniatkan untuk tujuan baik, pasti Allah uji kita.

"Kebenaran itu selalunya datang untuk menguji sama ada kita mempunyai daya tahan, daya juang dan daya saing, sudah pasti penduduk asal Kampung Baru sudah diuji dengan semua elemen itu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, AHmad Zahid mahu penduduk Kampong Bharu menggunakan masjid-masjid di kampung itu sebagai lokasi penyebaran ilmu.

"Ia sesuai dengan semangat Islam. Kita tidak mahu hanya pembangunan fizikal dengan tidak ramai orang yang datang ke masjid-masjid," jelasnya.

Kampong Bharu dibuka pada tahun 1900 oleh Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur.

Sebelum ini, PKB yang menjadi perantara kerajaan dan pemilik tanah Kampong Bharu menyatakan sebanyak 88 peratus daripada 2,388 pemilik tanah bersetuju untuk membangunkan semula kawasan berkenaan.

Penduduk Kampong Bharu sebelum ini juga disifatkan berada dalam ketakutan selagi kerajaan tidak memberi perincian terhadap pembangunan kawasan tersebut.

Sumber : Astro Awani

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  4,094
    • Bulan Ini:  139,913
    • Keseluruhan:  2,363,332

Kemaskini Terakhir: Oktober 19, 2017 @ 11:32 am

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.