Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi JUN pada 15 & 22 JUN 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Naik taraf bazar Ramadan di KL berperingkat

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaiktaraf bazar-bazar Ramadan di ibu negara secara berperingkat memastikan suasana yang lebih selesa kepada peniaga dan pengunjung.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata, langkah itu seiring dengan perlaksanaan yang telah dibuat di Bazar Jalan Raja Alang Kampong Bharu yang kini telah masuk tahun kedua.

Menurutnya, dengan inisiatif itu imej secara tidak langsung meningkatkan imej bazar Ramadan.

"Kita harap kita dapat kembangkan ke kawasan-kawasan seperti Masjid India, Keramat, Sentul dan sebagainya.

"Di Kampong Bharu, penambahbaikan telah dilaksanakan bagi tahun ini dengan pemasangan kipas dan sebagainya agar lebih selesa,"katanya pada sidang media selepas merasmikan Bazar Ramadan Kampong Bharu, di sini, hari ini.

Tambah Tengku Adnan, peniaga-peniaga bagi 128 gerai di bazar itu juga diberi kelonggaran tanpa syarat lesen atas permintaan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

"Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu," katanya.

Sumber : Sinar Harian

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  2,195
    • Bulan Ini:  137,023
    • Keseluruhan:  1,932,719

Kemaskini Terakhir: Julai 17, 2017 @ 3:34 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.