Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi OKTOBER pada 12 & 26 Oktober 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Pembangunan Kg. Baru Perlu Kekal Roh Islam & Melayu

Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pembangunan semula Kampung Baru mengekalkan ‘roh’ keislaman dan kemelayuan kampung itu yang  wujud sejak 113 tahun lepas.

Beliau berkata sejajar dengan perubahan masa, kampung itu tidak boleh lari daripada pembangunan, namun ia harus mengekalkan aspek sejarah dan identitinya yang tersendiri.

Katanya perubahan juga adalah gelombang yang harus dihadapi oleh semua pihak termasuk pihak pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu.

“Jika kita asyik bernostalgia dengan apa yang ada pada yang lama dan kita menepis apa yang baru maka tunggulah ia tidak lagi relevan, dalam keadaan itulah kita mahu melihat Kampung Baru harus dibangunkan dengan roh yang begitu.

 

Dulu ramai yang melakarkan bahawa Kampung Baru is Kuala Lumpur (KL), Kuala Lumpur is Kampung Baru ertinya bila orang mahu melihat wajah KL, orang lihat wajah Kampung Baru, dan Kampung Baru cukup identical dengan Melayu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian projek Residensi Rah Kampung Baru, di sini hari ini.

Projek berkenaan yang dibangunkan di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur merangkumi 187 unit kondominium 39 tingkat dibangunkan Rah Properties Corporation Sdn Bhd dengan nilai pembangunan kasar RM182 juta.

Projek yang bermula pada Mei lalu itu dijangka siap pada Mei 2019 membabitkan keluasan 3,310 meter persegi dengan kos pembangunan RM145 juta termasuk kos pengambilan tanah RM25 juta.

Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ahmad Zahid turut berharap semua pihak termasuk penduduk Kampung Baru akan dapat memberi sokongan kepada pemaju pembangunan supaya kawasan itu dapat dimajukan setaraf dengan pembangunan di sekelilingnya.

“Saya merasakan sesuatu yang baik itu sukar untuk dilakukan kerana banyak kekangan dan halangan, biarpun perubahan-perubahan itu diniatkan untuk terbaik tetapi kebenaran itu selalu datang di akhir-akhir. Itulah dugaan,” katanya.

Sumber : My News Hub

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  4,099
    • Bulan Ini:  139,918
    • Keseluruhan:  2,363,337

Kemaskini Terakhir: Oktober 19, 2017 @ 11:32 am

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.