Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi Februari pada 9 & 23 MAC 2017 (Khamis), Jam 100.pagi hingga 4.00 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

PKB lancar Khabar Kampong Bharu

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) melancarkan buletin Khabar Kampong Bharu sebagai wadah menyampaikan perkembangan kawasan itu kepada penduduk.

Pengerusi PKB, Datuk Affendi Zahari, berkata buletin yang julung kali diterbitkan itu adalah antara usaha badan itu dalam memastikan usaha mentransformasikan Kampong Bharu dimaklumkan kepada penduduk.

Katanya, buletin setebal lapan muka surat itu dicetak 5,000 naskhah dan diterbitkan tiga bulan sekali.

"Ia diedar secara percuma kepada penduduk Kampong Bharu dan diharap menjadi penghubung antara PKB serta aktiviti dilakukan dengan masyarakat setempat.

"Pelancarannya sangat istimewa kerana ia dihasilkan oleh kakitangan PKB sendiri, bermula di peringkat mencari berita hinggalah reka bentuk buletin," katanya ditemui pada Program Gotong-Royong Kebersihan Kampong Bharu di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan II yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Datuk Mahadi Che Ngah; Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd Najib Mohd; dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi), Datuk Mohd Sauffi Muhamad.

Terdahulu, Johari merasmikan pelancaran Khabar Kampong Bharu sebelum menyertai lebih 1,600 penduduk Kampong Bharu dan sukarelawan melakukan gotong-royong di kawasan itu.

Sumber: Berita Harian

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  3,358
    • Bulan Ini:  174,487
    • Keseluruhan:  1,375,832

Kemaskini Terakhir: Mac 23, 2017 @ 4:43 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.