Buletin yang diterbitkan setiap tiga bulan sekali itu dilancarkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa dalam Program Gotong-Royong Kampung Baharu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi PKB, Datuk Affendi Zahari berkata, sebanyak 4,000 naskhah buletin itu akan diterbitkan dan diedarkan secara percuma yang ditanggung PKB sendiri.

“Dengan cara sebegini kita dapat memberi penerangan yang efektif berhubung perjalanan setiap usaha dan berita pembangunan dalam Kampung Baharu terutama kepada warga tua yang tahap capaian media sosialnya masih rendah,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

 

Sumber: Utusan