Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  MAKLUMAN : Penutupan Jalan Bagi Pemasangan Khemah 'Marquee Tent' Bazaar Ramadhan Kampong Bharu bermula tarikh : 21/05/2017 masa : 10.00 p.m hingga 5.00 a.m 

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi JUN pada 15 & 22 JUN 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

'Saya geleng kepala tengok Kampung Baru' - Ku Nan

Pemilik dan waris tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur diminta bersatu dan sepakat supaya usaha pembangunan semula kawasan itu dapat dilaksanakan segera.

Jika tidak, kampung penempatan orang Melayu itu akan kekal sebagai kawasan mundur dan ketinggalan akibat kepesatan pembangunan kawasan setempat.

Lantaran itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penduduk dan waris Kampung Baru perlu memberi sokongan dan kerjasama kepada Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

"Orang Kampung Baru tolonglah bersatu. Kerajaan mahu menaikkan nama kampung ini sebagai salah satu ikonik dan tempat pelancongan. Kita mahu Kampung Baru dikunjungi oleh masyarakat Malaysia dan dunia.Apabila saya naik di bangunan tinggi, saya geleng kepala melihat Kampung Baru," katanya ketika berucap di majlis sambutan Hari Raya anjuran PKB di sini hari ini.

Menurut Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, antara masalah yang menjejaskan projek pembangunan Kampung Baru kerana harga yang diletakkan oleh pemilik dan waris tidak munasabah kerana harga yang ditawarkan menyamai harga sekaki persegi KLCC.

"Tolong kami, jadi rasional. Kita mahu membangunkan kawasan ini supaya sama-sama meraih keuntungan," tambahnya.

Dalam ucapan itu, Tengku Adnan mempertahankan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menaikkan kadar sewa letak kereta selepas 40 tahun tidak berbuat demikian.

"Memang ramai orang marah, kata saya gila, tetapi saya naikkan juga kerana kita mahu melestarikan Kuala Lumpur dan memastikan penghuni selesa," tegasnya.

Beliau menafikan dakwaan yang dilemparkan kononnya mewujudkan projek-projek pembangunan untuk diberikan kepada kroni-kroninya.

Tengku Adnan berkata, beliau tidak pernah memberi projek kepada kroni tetapi menyerahkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan agar keuntungan yang diperoleh boleh disalur kepada bantuan para pelajar serta bantuan umrah.

"Saya sebenarnya bosan dengan tuduhan-tuduhan seumpama ini. Sedangkan orang tidak tahu Tengku Adnan ini sedang bekerja keras untuk memastikan pembangunan rumah mampu milik di Kuala Lumpur dilaksanakan.

"Contohnya, mana ada rumah boleh dibeli pada harga RM45,000 dengan keluasan 800 kaki persegi di Kuala Lumpur. Tetapi kita buat di Bukit Bangsar. Di Cheras kita buat rumah berharga RM42,000.

"Semua pemaju (perumahan) marah saya tetapi kita tahu mereka (pemaju) membuat untung. Namun jangan keuntungan yang berlipat kali ganda," katanya.

Sumber: MalaysiaGazette

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  4,438
    • Bulan Ini:  144,314
    • Keseluruhan:  1,829,191

Kemaskini Terakhir: Jun 22, 2017 @ 4:31 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.