Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi JUN pada 15 & 22 JUN 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Soalan Lazim

Soalan Lazim (FAQ) – Sebagai Pemilik

Sumber kewangan untuk kami bangunkan tanah kami?

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) akan mengatur sumber kewangan melalui pelaburan oleh GLC yang dipilih khas bagi membiayai projek-projek yang dipersetujui oleh pemilik dan pewaris. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu merupakan penjaga kepentingan pemilik dan pewaris yang akan membantu dari segi khidmat undang-undang dan khidmat nasihat kewangan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Ehwal Ekonomi di talian 03-2692 6733 Ext:105

Bolehkah tanah kami dijual kepada orang asing?

Tidak boleh dimiliki oleh orang asing. Tanah yang mempunyai Sekatan hak milik hanya boleh dipajak atau disewa tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kerja Tanah Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Pengurusan Tanah / Unit Undang-Undang di talian 03-2692 6733 Ext:207/201

Jika kami tiada dokumen hakmilik atau geran. Apa yang boleh kami lakukan?

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan sedia membantu untuk menyegerakan urusan ini dengan syarat para pemilik/pewaris dapat menyediakan dokumen bukti sokongan yang sah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Pengurusan Tanah di talian 03-2692 6733 Ext:207

Bagaimana Kampong Bharu nak dibangunkan?

Berdasarkan Pelan Induk, yang disusuli dengan persetujuan daripada pemilik/perwaris tanah maka pembangunan akan dibangunakan berdasarkan pilihan-pilihan yang di gariskan dalam Garis Panduan Pembangunan Kampong Bharu. Usahasama dengan GLCs/Pemaju berwibawa dan agensi –agensi kerajaan akan menjadi nadi pembangunan utama.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Tanah kami kecil bolehkah bangunkan tanah kami secara persendirian?

Peraturan berdasarkan Garis Panduan telah menetapkan pembangunan di Kampong Bharu layak menggunakan nisbah plot 1:10 dengan keluasan tanah minima dalam lingkungan 30,000 kaki persegi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Kalau kami ingin menukar status tanah berapakah yang harus kami bayar untuk buat pertukaran status tersebut?

Pemilik tanah di Kampong Bharu diberikan insentif khas pembayaran pertukaran status tanah dengan bayaran RM1000.00 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Pengurusan Tanah di talian 03-2692 6733 Ext:207

Kalau tanah kami terlibat dengan jalan raya dan insfrastruktur apakah yang kami terima. Apakah faedah kami?

Selain melalui pengambilan balik tanah, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) boleh mengatur supaya hak pemilik tanah/waris terlibat dipindahkan ke lot lain yang dibangunkan oleh pemaju.Transfer of shares di lot lain juga boleh diatur

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

 

Soalan Lazim (FAQ) – Sebagai Pemilik Atau Pewaris

Apakah nilai harga hartanah di Kampong Bharu?

Nilai harga hartanah di Kampong Bharu tertakluk kepada jenis pembangunan di Kampong Bharu dan harga pasaran hartanah semasa. Apabila sesuatu kawasan dapat dibangunkan dengan pesat maka nilai hartanah akan meningkat setanding dengan harga tanah di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Saya mempunyai ramai ahli keluarga tetapi belum selesai penyelesaian pesaka kecil apa yang saya perlu buat?

PKB dengan bantuan Pejabat Penyelesaian Pesaka Kecil sedia membantu dengan kerjasama rapat para waris sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Pengurusan Tanah di talian 03-2692 6733 Ext:207

Kalau kami jual adakah lebih baik berbanding jika dibangunkan?

  • Jual tanah ~ sekadar dapat duit dan bukan merupakan pelaburan
  • Jika dibangun dan dimajukan ~ Aset dapat dikekalkan & nilai hartanah semakin meningkat menjadi satu pelaburan setelah dibangunkan. Langkah ini akan mengekalkan harta milik dan kepentingan waris/orang Melayu di Kampong Bharu

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Apakah faedah pembangunan semula yang kami terima?

Setiap pewaris akan dijamin mempunyai haknya secara individu apabila siap projek pembangunan tersebut samada dalam bentuk lot rumah kediaman atau perniagaan; atau dalam bentuk saham atau kedua-dua sekali mengikut hak masing-masing

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Berapa lama Kampong Bharu ini nak dibangunkan?

Tertakluk kepada jenis pembangunan yang dijalankan dan keluasan tanah yang dibangunkan. Sekiranya mengikut jadual Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu selesai dimajukan menjelang 2030.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Betulkah Kampong Bharu ini mempunyai keupayaan untuk dibangunkan?

Sudah tentu. Kampong Bharu terletak bersebelahan kawasan segi Tiga Emas yang mana kawasannya dikelilingi oleh pembangunan yang pesat dan potensi pelabur di Kawasan Kampong Bharu adalah amat memberansangkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Betulkah Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu nak merampas tanah kami?

Kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Di dalam Akta 733 dan jaminan kerajaan secara prinsipnya pengambilan balik tanah di Kampong Bharu tidak akan dibuat semata-mata membangunkan semula hartanah pemilik dan pewaris. Pengambilan balik tanah hanya boleh berlaku di atas kepentingan umum. Apabila berlaku pengambilan tanah, langkah menggantikan bahagian yang diambil dalam bentuk hak atau aset atau yang lebih sesuai tertakluk kepada perundingan di antara PKB, pemaju dengan Pemilik/Pewaris/Pemaju.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Pengurusan Tanah di talian 03-2692 6733 Ext:207

 

Soalan Lazim (FAQ) – Sebagai Pemaju

Berapa keluasan tanah untuk membangunkan sesuatu tanah?

Minimum dalam lingkungan 30,000 kaki persegi dengan nisbah plot 1:10 yang tertakluk kepada jenis pembangunan dan kelulusan OSC Khas

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Berapa cepat pembangunan dapat dilakukan bagi kawasan Kampong Bharu?

Setiap pembangunan di Kampong Bharu dijamin akan diproses melalui laluan pantas (fast track). Ia juga tertakluk kepada jenis atau kategori pembangunan yang dipersetujui oleh pemilik dan pemaju/GLC yang berkaitan. Ini bererti Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) akan memastikan setiap pembangunan mengikut jadual yang ditetapkan. Kualiti dan tahap profesionalisme setiap pihak adalah amat penting. PKB telah mensasarkan Kampong Bharu akan dapat dibangunkan sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar / Ehwal Ekonomi di talian 03-2692 6733 Ext:106 / 105

Apakah faedah atau pengagihan yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu?

Setiap pemilik pewaris GLC dan pemaju yang berwibawa akan menetapkan secara bijaksana hak dan faedah masing-masing mengikut jenis pembangunan yang dibangunkan. Manakala PKB akan menjadi penyelaras dan pemudahcara bagi memastikan setiap pihak tidak mengalami sebarang kerugian dan sebaliknya akan mendapatkan faedah yang maksimum dari aktiviti pembangunan yang dijalankan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar / Ehwal Ekonomi di talian 03-2692 6733 Ext:106 / 105

Apakah mekanisme kawalan pembangunan yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu?

Mekanisme kawalan pembangunan merupakan teras yang dikuatkuasa dan disediakan oleh Kerajaan bagi membolehkan PKB menjaga kepentingan pemilik dan pewaris Kampong Bharu tidak terlepas ke tangan pihak-pihak luar yang akhirnya menghilangkan hak mereka dan hilangnya sebuah penempatan orang Melayu terulung di Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Apakah Model urusniaga yang sesuai?

4 Model urusniaga telah ditetapkan. Pertama pemilik dan pewaris yang berkemampuan boleh membangunkan sendirti tanah mereka dengan mendapat insentif khas oleh PKB. Pada masa yang sama, pemohonan mereka akan diberi keutamaan untuk segera diluluskan oleh OSC khas yang dipengerusikan oleh Menteri. Kedua, Pembangunan secara usahasama secara korporat atau secara tidak korporat. Semua ini melibatkan GLC-GLC atau pemaju terpilih yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan disokong dengan kepakaran pembangunan masing-masing. Pada masa yang sama, model urusniaga ini boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar / Ehwal Ekonomi di talian 03-2692 6733 Ext:106 / 105

Bilakah pelan induk Kampong Bharu akan disiapkan?

Deraf pertama pelan induk dijadualkan siap pada Oktober 2013. Selepas mendapat maklumbalas umum pelan tersebut akan dimuktamadkan selewat-lewatnya julai 2014 dan setelah itu pelan ini akan menjadi panduan pembangunan masa hadapan Kampong Bharu yang dibangunkan secara komprehensif dan strategik melangkaui 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar di talian 03-2692 6733 Ext:106

Bagaimanakah kepentingan orang Melayu akan dijaga dan pada masa yang sama orang bukan Melayu boleh menjalankan aktiviti di kawasan Kampong Bharu?

PKB ditubuhkan dibawah Akta 733 bertanggungjawab sepenuhnya menjamin masa depan hartanah Kampong Bharu. Melalui pelan induk dan kuasa yang ada pada PKB serta disokong dengan kuat oleh pemilik dan pewaris hak dan kepentingan orang Melayu akan terus terjamin turun temurun.

Pada masa yang sama orang bukan Melayu boleh menjalankan aktiviti mereka melalui kaedah sewaan dan pajakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Perancang Bandar / Unit Undang-Undang di talian 03-2692 6733 Ext:106 / 201

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  2,123
    • Bulan Ini:  136,951
    • Keseluruhan:  1,932,647

Kemaskini Terakhir: Julai 17, 2017 @ 3:34 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.