Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi JUN pada 15 & 22 JUN 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Masjid Jamek Kampong Bharu

Menyelusuri sejarah, Masjid Jamek Kampung Baru asalnya dibina hasil kerjasama penduduk yang mahukan sebuah masjid didirikan di pusat bandar Kuala Lumpur. Sejarah pembinaannya bermula dengan sumbangan sebidang tanah seluas empat lot oleh pedagang Melayu, Bachik Abdullah pada 1880-an. Bachik yang berasal dari Melaka dan menetap di Jalan Melayu, Kuala Lumpur terkenal sebagai ketua orang Melayu Kampung Ujong Pasir yang dermawan.

Tanah sumbangan Bachik itu kemudian diwakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kampung Baru (MAS) pada akhir 1920-an untuk dibangunkan sebuah masjid. Masjid pertama dibina berbentuk seperti sebuah balai sekadar memenuhi keperluan tempat sembahyang. Lantai balai berkenaan diperbuat daripada kayu , manakal tiang daripada batang pokok nibong.

Selain masjid, tanah perkuburan, bagi penduduk Kampung Baru disediakan di kawasan berkenaan. Sejak itu, kawasan berkenaan menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pedagang yang berdagang ke Kuala Lumpur melalui Sungai Klang. Disebabkan pertumbuhan penduduk begitu pesat, beberapa pengubahsuaian dijalankan khususnya bagi memperelokkan seni bina masjid. Ketika proses pengubahsuaian kedua, reka bentuk masjid berkenaan seolah-olah seperti seni bina rumah Melayu Melaka.

Tidak berapa lama selepas itu, keadaan masjid kembali berubah wajah apabila bangunan baru didirikan. Usaha membangunkan bangunan baru hasil bantuan dan gotong-royong penduduk kampung itu. Bagi membiayai pembinaan itu, setiap keluarga disaran menderma RM60 secara tunai atau beransur-ansur. Pada 1955, jumlah kutipan yang dibuat melalui kaedah itu berjaya mengumpulkan RM30,OOO. Bagaimanapun, proses kutipan dilihat perlahan dan berkemungkinan boleh membantutkan usaha membina bangunan baru. Justeru, satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mempercepatkan kempen kutipan derma.Akhirnya, jawatankuasa berkenaan berjaya mengumpulkan RM214,000 iaitu RM90,000 sumbangan Kerajaan Selangor manakala bakinya hasil derma dan tabungan masjid. Wang itu digunakan membiayai pembinaan masjid termasuk membina ruang sembahyang lebih luas dan tempat wuduk yang selesa.

Sehingga kini Masjid Jamek Kampung baru terus mengalami perubahan dan pengubahsuaian dari segi luaran dan hiasan dalaman bagi memperindahkan kawasan masjid berkenaan.

FAKTA MASJID

  • Tanah untuk masjid disumbangkan pedagang Melayu Bachik Abdurlah pada 1880-an.
  • Masjid Jamek Kampung Baru disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records bagi acara memasak bubur lambuk terbesar.
  • Setiap kali menjelang Ramadan Masjid Jamek Kampung Baru akan menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada umat Islam.
  • Sebahagian besar penduduk Kampung Baru dan Kuala Lumpur dikatakan pernah menikmati bubur lambuk masjid.
  • Masjid itu juga terkenal kerana sering dikunjungi tokoh agama dari luar negara.
KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  619
    • Bulan Ini:  134,304
    • Keseluruhan:  1,949,473

Kemaskini Terakhir: Julai 17, 2017 @ 3:34 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.