Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  MAKLUMAN : Penutupan Jalan Bagi Pemasangan Khemah 'Marquee Tent' Bazaar Ramadhan Kampong Bharu bermula tarikh : 21/05/2017 masa : 10.00 p.m hingga 5.00 a.m 

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi Mei pada 11 & 25 Mei 2017 (Khamis), Jam 100.pagi hingga 4.00 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Menangani Pembangunan Semula Kampong Bharu Melangkaui 2020

Dalam rangka membawa Kampong Bharu membangun seiring dengan pembangunan segi tiga emas, ia merupakan satu inisiatif yang kompleks. Isu-isu utama yang dikaitan dengan pembangunan Kampong Bharu adalah sepertimana berikut :

1Kampong Bharu mengalami penurunan bilangan penduduk semenjak tahun 1991 dimana taburan penduduk bagi tahun 1991 adalah pada20,215 sementara jumlah penduduk pada tahun 2000 adalah pada 15,718 kampong-bharu-1orang sementara penduduk pada tahun 2010 dijangka berada pada jumlah 17,000.

Perbandingan bagi tahun 2010 dan 1991 menunjukkan terdapatnya kadar penurunan sekitar 16% bagi tempoh masa tersebut.

Selain itu, terdapat isu kewujudan bilangan penduduk bukan warganegara yang ramai iaitu sekitar 2,670 orang tahun 2000.

 

2Pembangunan tanah secara ‘adhoc’ telah memperlihatkan kampong-bharu-2Kampong Bharu seakan ‘back yard’ / “stressed built enviroment” kepada pembangunan di sekitarnya memandangkan persekitarannya yang sesak.

Tambahan pula, ketiadaan anjakan bangunan kediaman yang jelas dan dibina secara rapat-rapat mewujudkan persekitaran yang kurang menarik.

 

3Sejumlah besar status pemilikan tanah adalah tanah milik persendirian. 1381 jumlah lot telah direkodkan oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bilangan pemilik adalah seramai 4,300 pemilik dan purata pemilikan (31%) adalah 5 pemilik bagi satu lot dengan jumlah pemilikan tertinggi adalah berjumlah 143 orang bagi satu lot.

Ini menunjukkan pemilikan tanah di Kampong Bharu adalah pemilikan berganda (‘multiple ownership’).

4Lot kecil / lot sempit menyukarkan untuk pembangunan berintensiti tinggi. Keadaan ini menggalakkan pembangunan berskala kecil dan kurang pulangan yang optimum kepada tuan tanah / pemilik bangunan.

Dianggarkan sejumlah 89% daripada lot-lot di Kampong Bharu berkeluasan kurang 1100 mps (11840 kps).

5Tiada perhubungan terus ke KLCC sama ada melalui jalan raya atau laluan pejalan kaki dan kurang mengoptimumkan potensi-potensi yang terdapat di kawasan sekitar menjadikan Kampong Bharu menerima impak pembangunan yang minimum dari aspek pengisian aktiviti-aktiviti bandar, aksessibiliti dan rangkaian hijau.

6Masalah banjir kilat di beberapa lokasi seperti Kampong Periok, Dang Wangi dan Sultan Sulaiman disebabkan kemudahan infrastruktur saliran dan perparitan sedia ada tidak sempurna.

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  2,059
    • Bulan Ini:  123,137
    • Keseluruhan:  1,682,643

Kemaskini Terakhir: Mei 25, 2017 @ 12:56 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.