Pada 7 Disember 2011, Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru 2011 [Akta 733] telah diluluskan oleh Parlimen. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) pula telah ditubuhkan pada 1 April 2012. PKB telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi penyelaras, pemudah cara dan penggerak utama dalam pembangunan semula Kampong Bharu.

VISI

Menjana potensi hartanah dan mentransformasi ekonomi ke arah peningkatan kesejahteraan hidup yang seimbang dengan pengekalan nilai sejarah, ciri-ciri budaya dan warisan Melayu Kampong Bharu.

MISI

Tiada pemilik dan pewaris yang akan terpinggir di dalam arus Pembangunan Semula Kampong Bharu menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF

  1. Menjadi penggerak dan pemudah cara utama dalam melaksanakan dasar, arahan dan strategi yang cekap dan berkesan di dalam kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu;
  2. Menyediakan pelbagai inisiatif perkhidmatan pembangunan dan khidmat nasihat yang berdaya maju dalam pembangunan semula atau penambahbaikan kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu;
  3. Memacu, merangsang dan menggalakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi, komersial dan perindustrian melalui kerjasama dan perkongsian strategik yang menguntungkan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu;
  4. Memastikan pengurusan secara profesional dalam pentadbiran pembangunan dan kewangan, dan
  5. Memastikan semua ciri-ciri pembangunan berteraskan pengekalan warisan, budaya Melayu dan kemuliaan Islam.
KWP
DBKL
Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Labuan
MSWP
myGovernment
MAMPU
MSC Malaysia
TEKUN
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2013, PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Kebolehcapaian | Notis Hakcipta