Aktiviti Terkini: πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π–π€π“πˆπŠπ€π‡ ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π€ππ†π†πŽπ“π€ 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 π’π€πŒππ”π“π€π π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŠπ€πŒππŽππ† 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 (𝐏𝐊𝐁)

YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutan) telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Anggota Perbadanan dan Ahli Penasihat Perbadanan PKB. Turut mengiringi YB Menteri, YBhg. Datuk Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Ekesekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).
Seramai 13 orang Ahli Anggota Perbadanan telah dilantik dan di ketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Khay Bin Ibrahim sebagai Pengerusi Anggota Perbadanan. Sementara itu, 13 orang Ahli Majlis Penasihat Perbadanan juga telah dilantik dengan YBhg. Dato’ Mohammad Bin S. Ahmad sebagai Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Tahniah diucapkan diatas perlantikan Ahli Anggota Perbadanan dan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan baru ke dalam PKB.
YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Ahli Anggota Perbadanan dan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan juga hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri PKB