MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA PERBADANAN DAN MAJLIS PENASIHAT PERBADANAN SESI 2024/2026

10 Mei 2024 | Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2024 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli Anggota Perbadanan dan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Majlis yang berlangsung pada pukul 10 pagi tadi di Ruang Taklimat Aras 1, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah menyaksikan pelantikan Ahli Anggota dan Ahli Majlis Penasihat baru ke dalam Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

Sebanyak 13 orang Ahli Anggota Perbadanan telah dilantik dan di ketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Khay Bin Ibrahim sebagai Pengerusi Anggota Perbadanan. Sementara itu, 13 orang Ahli Majlis Penasihat Perbadanan juga telah dilantik dengan YBhg. Dato’ Mohammad Bin S. Ahmad sebagai Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Pelantikan anggota-anggota baru ini adalah bukti jelas komitmen yang kukuh terhadap Pembangunan semula Kampong Bharu yang menjadi fokus utama bagi memastikan setiap warga Kampong Bharu mendapat manfaat dan kesaksamaan dalam setiap aspek kehidupan mereka.

Pelantikan ini merupakan langkah penting dalam meningkatkan kepimpinan dan pengurusan bagi memperkasakan pembangunan dan kesejahteraan komuniti Kampong Bharu. Diharapkan dengan adanya kehadiran anggota-anggota baru ini, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu akan terus bergerak ke hadapan untuk mencapai matlamat pembangunan yang lebih mampan dan inklusif bagi komuniti setempat.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

10 Mei 2024