Aktiviti Terkini: KAMPONG BHARU, 21 JUN 2024 – YBrs. Dr Amir Raslan Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ar. TPr. Haji Esa bin Haji Mohamed , Ahli Anggota Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, dalam usaha untuk membincangkan perkembangan terkini dan bertukar pendapat demi masa depan pembangunan Kampong Bharu. Dalam pertemuan itu, KPE berkesempatan untuk menyampaikan laporan mengenai progres projek-projek pembangunan yang sedang berjalan di Kampong Bharu serta mendengar pandangan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ar. TPr. Haji Esa bin Haji Mohamed mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi mempercepatkan pembangunan kawasan ini. Kami berkomitmen untuk terus bekerjasama dengan semua pihak demi memastikan pembangunan Kampong Bharu berjalan lancar dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.