Aktiviti Terkini:๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐), ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐ก๐ ๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐ณ ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ โ YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), Jabatan Wilayah Persekutuan, telah mengadakan lawatan rasmi ke Kampong Bharu hari ini untuk meninjau kemajuan Projek Dataran Kampong Bharu dan Pembangunan Semula Kampong Sungai Baru. Lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), iaitu YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB, dan YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi) PKB. Dalam sesi lawatan ini, YBhg. Datuk Ramlee diberi penerangan mengenai status terkini projek-projek ini serta cabaran yang dihadapi dalam proses pelaksanaannya.
Projek Dataran Kampong Bharu dan Pembangunan Semula Kampong Sungai Baru merupakan inisiatif penting yang dirancang untuk memperkasakan ekonomi dan sosial kawasan tersebut, seiring dengan visi terkini Wilayah Persekutuan yang telah diperkenalkan oleh Yang Berhormat Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), iaitu C.H.A.S.E CITY. Visi ini merangkumi dua kluster utama iaitu Sejahtera@WP dan Puji@WP. Antara komponen yang sedang difokuskan dalam dua kluster ini adalah Bandar Pintar Berdaya Huni (Sejahtera@WP) dan Infra@Puji (Puji@WP). PKB komited untuk memastikan Kampong Bharu terus menjadi simbol keunikan dan kebanggaan Kuala Lumpur, sambil membuka peluang-peluang baharu untuk penduduknya.
Lawatan ini menegaskan dedikasi PKB dalam memastikan setiap projek pembangunan di Kampong Bharu dilaksanakan dengan teliti dan mengambil kira kepentingan semua pihak. Projek Dataran Kampong Bharu dan Pembangunan Semula Kampong Sungai Baru dijangka akan membawa perubahan positif yang mampan, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi sosial dan ekonomi bagi kawasan ini.