Aktiviti Terkini: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ π‹π„πŒππ€π‡ πŠπ„π‘π€πŒπ€π“ π’π„πŒππ„ππ€ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐀𝐓𝐔 ππ„πŒπˆπŒππˆπ 𝐒𝐀𝐓𝐔 πŠπ€πŒππ”ππ† (π’π€ππ“π”ππˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ)

YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah turun padang (TUPA) di sekitar Lembah Keramat pada hari ini dalam membantu menyelesaikan isu dan aduan setempat penduduk.
Lawatan telah diadakan di kawasan aduan isu lambakan sampah di perangkap sampah River of Life dan projek pembentungan di Jalan Au 5.
Kawasan Lembah Keramat telah dipilih sebagai kampung angkat bagi pelaksanaan Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni Madani) kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKB.
Pelaksanaan program ini merupakan inisiatif kerajaan dalam memupuk budaya β€œsense of belonging” dan β€œproud with” di kalangan pemimpin terhadap kampung halaman sendiri.
Antara agensi yang terlibat semasa program TUPA ini adalah Persatuan Penduduk Lembah Keramat (PPLK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak, Jabatan Pembentungan (JPP) dan Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK).