PROGRAM PENYELESAIAN ISU HARTA PUSAKA
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) senantiasa membantu pewaris-pewaris tanah yang mempunyai isu harta pusaka. Pewaris boleh hadir ke Pejabat PKB bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan prosedur permohonan penyelesaian isu harta pusaka agar pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan segera.
Dokumen yang perlu disediakan bagi tujuan permohonan ini adalah seperti :
1.Salinan Borang A yang telah lengkap diisi;
2.Bukti kematian – salinan sijil kematian / cabutan sijil kematian;
3.Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
4.Salinan Kad Pengenalan Waris;
5.Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan simati;
6.Salinan Hakmilik / Geran / Surat Perjanjian Jual Beli;
7.Salinan resit cukai tanah (tahun semasa);
8.Salinan resit cukai pintu (tahun semasa);
9.Dokumen berkaitan pemilikan harta simati (penyata akaun simpanan, sijil saham, hakmilik / geran kereta, dll)
Semua permohonan perlu dikemukakan ke Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui pautan https://www.myetapp.gov.my/v7/online/