πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ ππ„π†π€π–π€πˆ π„πŠπ’π„πŠπ”π“πˆπ… 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŠπ€πŒππŽππ† 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 πŠπ„ππ€πƒπ€ π˜ππ‡π†. πƒπ€π“π”πŠ π€π’π“π€πŒπ€π 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 π€π™πˆπ™

May be an image of 20 people and text that says 'KUNJUNGANHORMAT KUNJUNGAN KETUAPEGAWAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EKSEKUTIFPERBADANAN TIF PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU KEPADA YBHG. DATUK ASTAMAN BIN ABDUL ABDULAZIZ AZIZ 出受出用 ammmn'

KAMPONG BHARU, 20 MEI 2024 – YBrs. Dr Amir Raslan Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Astaman bin Abdul Aziz, Mantan Pengerusi PKB, dalam usaha untuk membincangkan perkembangan terkini dan bertukar pendapat demi masa depan pembangunan Kampong Bharu.
Dalam pertemuan itu, KPE berkesempatan untuk menyampaikan laporan mengenai progres projek-projek pembangunan yang sedang berjalan di Kampong Bharu serta mendengar pandangan YBhg. Datuk Astaman bin Abdul Aziz mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi mempercepatkan pembangunan kawasan ini.
Kami berkomitmen untuk terus bekerjasama dengan semua pihak, termasuk YBhg. Datuk Astaman bin Abdul Aziz, demi memastikan pembangunan Kampong Bharu berjalan lancar dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.