Aktiviti Terkini: 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐌𝐎𝐍𝐄 𝐓𝐌 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐒𝐄𝐑𝐕𝐈𝐂𝐄𝐒 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Pengurusan TMOne TM Technology Services Sdn Bhd. Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) dan pegawai PKB.
Dalam pertemuan ini, Encik Jamlullail bin Mohd, _General Manager Digital Govermant_ telah menyampaikan cadangan berkenaan _Smart City_ yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menangani isu dan cabaran perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup, ekonomi, kemampanan dan alam sekitar di kawasan Kampong Bharu.
Kami berkomitmen untuk terus bekerjasama dengan semua pihak demi memastikan kemajuan Kampong Bharu.