Aktiviti Terkini: 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐁 𝐁𝐈𝐋 𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟒

YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah hadir ke Perhimpunan Bulanan Bil 5/2024, dalam ucapannya KPE menyatakan kepada semua pegawai dan kakitangan PKB untuk terus berkomited dalam perkhidmatan dengan cemerlang.
Hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) dan Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi) serta warga kerja PKB.
Turut dimaklumkan oleh Seksyen Pengurusan Sumber Manusia PKB berkenaan program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh warga kerja PKB sepanjang bulan Oktober 2024 serta perancangan program dan aktiviti pada bulan November 2024.