Aktiviti Terkini: ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐๐Š๐ ๐๐ˆ๐‹ ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah hadir ke Perhimpunan Bulanan Bil 6/2024, dalam ucapannya KPE menyatakan kepada semua pegawai dan kakitangan PKB untuk terus berkomited dalam perkhidmatan dengan cemerlang.
Hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) dan pegawai serta warga kerja PKB.
Turut dimaklumkan oleh Seksyen Pengurusan Sumber Manusia PKB berkenaan program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh warga kerja PKB sepanjang bulan Oktober 2024 serta perancangan program dan aktiviti pada bulan November dan Disember 2024. Selain itu, diraikan Sambutan Hari Lahir warga kerja PKB pada bulan November dan juga diraikan seorang pelajar latihan praktikal yang akan menamatkan latihan amalinya selama 4 bulan di PKB. Semoga dengan sambutan ini mendapat keberkatan dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.