Aktiviti Terkini:๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐€๐๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐Ž๐๐† ๐๐‡๐€๐‘๐” (๐๐Š๐) ๐Š๐„ ๐Œ๐”๐™๐ˆ๐”๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐†๐€๐‹๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐๐ˆ ๐๐€๐๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

8 NOVEMBER 2024 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah mengadakan Lawatan Ilmu ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Lawatan ini turut dihadiri Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) dan pegawai serta warga kerja PKB.
Tujuan lawatan in adalah bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan mempelajari tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam dan perancangan kewangan dalam membina kefahaman melalui transformasi polisi ekonomi pada masa hadapan.