Aktiviti Terkini: 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 (𝐁𝐞𝐒𝐓) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

Majlis Penyerahan Bendera Wilayah Persekutuan dan Kempen Bersih Setiap Tempat (BeST) anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) ini telah diadakan bersempena Hari Wilayah yang akan disambut pada bulan Februari setiap tahun dan disusuli dengan kempen BeST yang diadakan di sekitar Kampong Bharu.
Majlis Penyerahan Bendera Wilayah dan Kempen BeST ini telah disertai oleh ahli Anggota PKB, ahli Penasihat PKB, Komuniti Rukun Tetangga, staff PKB dan anak-anak jati Kampong Bharu.
Majlis dan Kempen ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan, dan YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Objektif utama pelaksanaan Majlis dan Kempen ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan, dan kesedaran Hari Wilayah Persekutuan disamping mewujudkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar bersih dan mampan.