Aktiviti Terkini: ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐”๐“๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐”๐๐Œ)

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kehadiran seramai 11 orang pelajar bagi Program Sarjana Pengurusan Sumber Tanah (Master of Land Resources Management – LARM Programme) Universiti Putra Malaysia (UPM). Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Norsida binti Man, Timbalan Pengarah (Pengembangan Pertanian), Fakulti Pertanian, UPM.
Sesi taklimat berkaitan Pengurusan dan Perancangan Perbandaran Kampong Bharu ini telah disampaikan oleh Puan Nurli Darni binti Musleh, Ketua Penolong Pengarah (Perancang Bandar dan Desa).
Sesi taklimat ini adalah sebagai pendedahan kepada para pelajar dalam menangani impak pembangunan urbanisasi dengan mengambil kira kedudukan Kampong Bharu yang terletak di lokasi strategik Bandaraya Kuala Lumpur.