Aktiviti Terkini: 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐁 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓

YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah hadir ke Perhimpunan Bulanan Bil 1/2025, dalam ucapannya menyatakan kepada semua pegawai dan kakitangan PKB untuk terus berkomited dalam perkhidmatan sebagai penjawat awam serta sentiasa menjaga kesihatan masing-masing supaya tidak menjejaskan prestasi kerja.
Hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) dan Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi) serta warga kerja PKB.
Turut diraikan Sambutan Hari Lahir warga kerja PKB bulan Januari dan Februari seramai 3 orang. Semoga dengan sambutan ini mendapat keberkatan dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.