Visi, Misi & Objektif
Pada 7 Disember 2011, Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru 2011 [Akta 733] telah diluluskan oleh Parlimen. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) pula telah ditubuhkan pada 1 April 2012. PKB telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi penyelaras, pemudah cara dan penggerak utama dalam pembangunan semula Kampong Bharu.
Visi
Peneraju Pembangunan Semula Kampong Bharu Ke Arah Kesejahteraan Komuniti
Misi
Memudahcara dan Melaksanakan Pembangunan Semula Kampong Bharu Secara Mampan dan Inklusif melalui penyertaan bersama oleh Pemilik Tanah Melayu serta semua pihak berkepentingan
Objektif
- Menjadi penggerak dan pemudah cara utama dalam melaksanakan dasar, arahan dan strategi yang cekap dan berkesan di dalam kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu;
- Menyediakan pelbagai inisiatif perkhidmatan pembangunan dan khidmat nasihat yang berdaya maju dalam pembangunan semula atau penambahbaikan kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu;
- Memacu, merangsang dan menggalakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi, komersial dan perindustrian melalui kerjasama dan perkongsian strategik yang menguntungkan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu;
- Memastikan pengurusan secara profesional dalam pentadbiran pembangunan dan kewangan, dan
- Memastikan semua ciri-ciri pembangunan berteraskan pengekalan warisan, budaya Melayu dan kemuliaan Islam.