Sesi Libat Urus Flat Jalan Tun Razak
Sesi Taklimat dan Penerangan Mekanisme Perlaksanaan Pembangunan Semula Kampong Bharu telah diadakan pada 5 Ogos 2023 bertempat di Anjung Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampong Bharu. Tujuan sesi taklimat ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kaedah dan mekanisme perlaksanaan pembangunan semula Kampong Bharu agar difahami dengan jelas oleh semua pemilik-pemilik berdaftar, pewaris, pemegang taruh
dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam pembangunan semula. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) juga ingin membangunkan Kampong Bharu melalui penyertaan pemilik tanah/petak berdaftar.
KEMASKINI TERBARU
1. Mesyuarat Anggota Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Bil 5/2024 pada 30 Oktober 2024 telah bersetuju memberikan lanjutan masa terakhir kepada syarikat Menara Rezeki Properties Sdn Bhd (MRPSB) selama tiga (3) bulan bermula 30 Oktober 2024 sehingga 28 Januari 2025 bagi mengemukakan 75% persetujuan penduduk yang disahkan melalui borang persetujuan tawaran pembangunan. Dengan ini, ketetapan telah dibuat bahawa tiada lagi lanjutan tempoh akan diberikan kepada MRPSB.
(Kemaskini: 11/11/2024)